Menurut media rasmi Be-End bahawa seramai 77 orang ahli Pas, PKR masuk UMNO adalah satu fenomena yang cukup membanggakan UMNO Be-End. Ini kerana sepanjang pemerintahan Najib Rosmah nilai sebanyak itu tidak pernah dikecapinya. Maka ini adalah satu yang membanggakan lereka dengan mewartakan di seluruh pelusuk tanah air.
Realiti sebenarnya adalah 77 orang tersebut telah disogok dan diperas ugut oleh pihak-pihak atasan yang berada pi Permatang Pauh. Dalam keadaan terpaksa mereka mendaftarkan diri sebagai ahli UMNO.
Taktik ini ibarat satu taktik yang sudah berkarat ditelan zaman. Bukan sahaja perkara ini berlaku pada rakyat biasa malah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat juga mengalaminya contohnya di Perak iaitu 2 orang adun pakatan hilang diculik Najib. Selepas seminggu mereka telah insaf dan bersetuju menyertai UMNO.
Rakyat perlu lah peka dengan hal ini dan pandai menilainya. UMNO mempamerkan 77 orang ahli. sedangkan Pakatan Rakyat telah memP.Rkan lebih dari ribuan ahli UMNO ini yang mereka tidak nampak dan mereka takut.
Berita seumpama ini meletakkan UMNO sebagai suatu entiti yang amat terdesak serta terhimpit. Mereka ketandusan pemimpin-pemimpin yang berwibawa kerana Najib bukanlah seorang pemimpin tetapi seorang penipu. Kesempitan yang dialami oleh UMNO ini telah memaksa mereka menggunakan wang, kuasa dan polis sebagai alat untuk menjaga status mereka.
Sumber dari Utusan 1Malaysia
No comments:
Post a Comment