Mari Bersembang


ShoutMix chat widget

Sunday, June 27, 2010

Ketua Bahagian UMNO Kota Raja (Si Bahalol) Menyalak!!!

Nama aja gah Ir. Kamaruzzaman Johari tapi mentalliti langsung tak macam engineer. Ada ka patut pada mesyuarat UMNO bahagian, Si Bahalol ni bercerita pasal pimpinan Pakatan Rakyat memburuk-buruk kan PR.

Hey Bahalol, sepatutnya kat mesyuarat tu kau kene bincang pasal hala tuju parti!!

Bukan PR aje dia kondem, pimpinan UMNO Selangor pun kau bantai jugak, memang Bahalol punya manusia, belajar tinggi-tinggi pun tak guna. Aku taw kenapa kau serang UMNO Selangor, ini semua kerja-kerja Ezam dengan Khir Toyo ni sampai kau jadi macam ni.

Kalau tak percaya, bukak Tawanmalaysia.com.!!

Memang musnah la UMNO PRU 13 seperti yang aku dah jangka!!

Sokong Pakatan Rakyat!!

Melayu Selamat!!

Sokong UMNO!!

Najib buat Don't NO!!

Saturday, June 26, 2010

Khir Mahu Tumbangkan UMNO Selangor!!

Berita ni sekarang dah heboh diperkatakan di merata-rata blog, baik blog pro Pakatan Rakyat mahupu blog BARUA UMNO-BN.

Apa-apa hal pun aku dahulukan dengan ucapan Terima Kasih kepada Dr. Khir kerana berjaya dan berani mengeluarkan kenyataan yang sedemikian. Tahniah!!

Apa tujuan sebenar Khir Toyo berkata demikian aku tak mahu mengulas panjang kerana itu akan dikupas oleh sahabat kita di TawanMalaysia.com. Tapi aku hanya nak memperjelaskan lagi kepada Melayu 20% UMNO ini bahawa Parti UMNO itu sudah tidak relevan!!

Ya!! Perpecahan sedang berlaku pada setiap kem-kem UMNO. Mereka tidak lagi sehaluan.

Perbalahan yang paling besar kita dapat lihat antara Khir Toyol dan Noh Omar sedang berlaku sejak tumbangnya UMNO dikala PRU 12 tempoh hari.

Mereka saling berbalah untuk menjadi Menteri Besar sekiranya Pakatan Tumbang. Ya!! ini adalah hakikat. Melayu-melayu 20 % UMNO yang tak percaya cuba lihat balik perlakuan Khir dan Noh ketika ada Majlis-majlis.

Oleh itu janganlah lagi menyokong UMNO kerana PRU 13 akan mengubah segalanya!! Malanglah bagi sesiapa yang menyokong UMNO ketika mereka sedang berpecah merebut kekayaan sedangakan kamu ditelan!!

Tuesday, June 22, 2010

Madey San Miguel Dah Putus Harapan Dengan UMNO



Apa maksud si Madey San Miguel ni dengan Melayu dah berpecah 3?? Mengikut dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Madey ni, Melayu berpecah 3 mengikut parti 20% UMNO 20% PKR dan 20% PAS. Adakah ini telah melambangkan satu kemusnahan terhadap bangsa Melayu???

Pandai sungguh si Madey ni bercengkerama dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian, tapi sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai akal dan fikiran yang tidak berjaya UMNO butakan, bagi aku perpecahan ini bukanlah satu petanda bahawa Melayu ini akan musnah. Ini yang cuba disampaikan oleh Madey sebenarnya.

Tujuan Madey berkata demikian adalah supaya Melayu ini bersatu diatas nama satu parti sahaja. Tindakan seperti ini ada relevannya tapi bagisesebuah negara yang membangun dan ingin mencapai tahap negara maju perkara seperti ini tidak sama sekali akan berlaku. Cuba kita lihat negara-negara maju yang lain. Adakah perpecahan sokongan politik menyebabkan mereka semakin mundur????? Sama sekali jawapannya tidak malahan mereka semakin maju!!

Persoalannya sekarang ini ialah perlukah UMNO hari ini memberitahu bahawa PKR dan PAS telah merusakkan umat Melayu di Malaysia ini??? Jangan jadi seorang manusia buta dan tuli!!

Mari kita lihat realiti sebenar kenyataan si Madey ni.

20% UMNO- BN

20% PKR- PR

20% PAS - PR

Jumlah untuk PR adalah 40%. Inilah yang terjadi apabila selepas 22 tahun memerintah beliau seolah-olah menjadi buta dan nyanyok terhadap apa yang diperkatakannya itu.

Melayu sebenarnya sudah pun bersatu untuk menerima perobahan, 40% berbanding dengan 20 % adalah satu perbedaan yang amat besar, ini kenyataan!

Jadi selebihnya 40% adalah mereka yang mengambil tindakan atas pagar. Salah siapa juga perkara ni berlaku?? Dah tentu jawapannya UMNO!! YA SALAH UMNO!!

UMNO membuatkan rakyat menjadi pening dan keliru terhadap keadaan politik tanah air kita hari ini. 40% yang mengambil sikap atas pagar inilah yang menyebabkan negara kita terkebelakang tiada konpetetif.

Ini semua salah UMNO kerana mereka yang memerintah rakyat jadi sedemikian rupa!!

Apa tunggu lagi??

Pangkah Pakatan Rakyat!!

Semua Melayu Rapat!!

Pangkah UMNO!!

Semua Melayu Don't NO!! Kerana UMNO itu buta dan tuli!!

Saturday, June 19, 2010

Khinzir Pun Boleh Jadi Ikon Negara jugak??

Berdasarkan dari ape tindakan Presiden UMNO ni nak main ngan binatang jugak kononnya nak promosikan diri lagi la kat orang ramai ni. Aku rasa benda ni nampak sangat kelemahan Najib sebagai pemimpin parti keramat Warisan Melayu UMNO ni!!

Ye lah! cube anda semua fikir, Si Obama tu main anjing dia pun nak main jugak dengan binatang ni, apa dah tak ada benda lain ke nak main??

Lemah la Malaysia kalau macam ni bang long oi!

Ha sokong lagi UMNO, lepas ni Khinzir pulak jadik ikon kebangsaan!!

Monday, June 7, 2010

Khariry Gigit jari aje??

Rombakan kabnet baru aje berlangsung, menyaksikan banyak muka-muka baru MCA dalam kabinet kali ni, mungkin Najib nak ambik hati MCA kot...nak raih pengundi Cina... Sorry la jepp tak dapat la kamu nak raih pengundi cina...kamu raih pengundi Cukong cina boleh la..

Dalam banyak2 pelantikan baru satu pun aku tak nampak muka dari geng2 Khairy dalam Pemuda UMNO. Apa crita ni Khairy??

Apa guna kau buat demonstrasi dasyat samapi nak pergi berperang sorang2 dengan Israel?? Najib tak notis ke?? HAHAHAHAHAHA!!

Macam ni la.. kalau kamu still buta dan tak tahu apa nak buat, baik kamu semua pegi jumpa SAM ketua AMK mintak pendapat dan nasihat dia... HAHAHAHAHA!!

Friday, June 4, 2010

DAULAT TUANKU !!!



Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah dan Ucap Selamat kepada

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

D.K.M., D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion d’Honneur (France)

Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda Yang Ke 47

Semoga Allah Melanjutkan Usia DYMM Tuanku

AMPUN TUANKU BERIBU AMPUN , SEMBAH PATIK MOHON DIAMPUN.

PATIK AKAN TERUS MENULIS DEMI KESEJAGATAN RAKYAT MALAYSIA DAN DEMI KEADILAN TUANKU.

DAULAT TUANKU !

DAULAT TUANKU !

DAULAT TUANKU !

Thursday, June 3, 2010

GAMIS Serah memorandum pada Najib

KUALA LUMPUR : Gabungan Mahsiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) hari ini menyerahkan satu memorandum kepada kerajaan Malaysia berkenaan isu serangan konvoi Freedom Frotilla di perairan Gaza.

Gamis dalam memorandumnya berpendapat Malaysia harus segera menyuarakan kecaman yang lebih tegas dan serius dalam isu ini. Kerajaan digesa menggunakan segala kekuatan serta medium antarabangsa yang ada bagi menunjukkan komitmen dalam menyelesaikan keganasan Israel ini.

Gamis juga dalam memorandumnya telah mengusulkan beberapa tuntutan dan cadangan untuk diperhatikan oleh kerajaan Malaysia.

Antara cadangan yang diutarakan adalah dengan meminta kerajaan Malaysia memutuskan segala hubungan dengan Israel.

GAMIS mendesak Kerajaan Malaysia melalui Perdana Menterinya mengetuai negara-negara yang menjadi mangsa dan terlibat di dalam serangan tersebut, di dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar menggesa seluruh dunia menarik semula kedutaan Israel di negara masing-masing dan memutuskan apa sahaja hubungan dengan Israel sama ada aspek ekonomi, politik dan sebagainya.

Hubungan diplomatik haruslah segera diputuskan serta-merta sebagai menyatakan komitmen bantahan dan tidak bersetuju terhadap tindakan Israel tersebut. Kerajaan Malaysia juga perlu mendesak dunia melalui PBB agar tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara di dunia dan dipadamkan dari peta dunia.

Gamis juga yang mewakili suara mahasiswa di Malaysia mendesak agar kerajaan Malaysia membawa usul mendakwa dan mengheret Israel ke Tribunal Undang-undang Antarabangsa iaitu Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sebagaimana yang berlaku di Sudan dalam peperangan di Darfur. Sebelum ini juga, Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon pernah menuntut supaya mereka yang bertanggungjawab mengebom bangunan PBB di Gaza dihadapkan ke muka pengadilan dan menuduh Israel menggunakan kekerasan melampau.

Kerajaan Malaysia juga perlu tampil dengan tegas dan berani menyatakan pendirian terhadap jenayah perang antarabangsa ini. Ia memberi gambaran kepada dunia bahawa Malaysia serius bersama-sama komitmen antarabangsa turut memerangi keganasan perang yang tidak berperi kemanusiaan.

Delegasi itu diketuai Presiden, Mohd Idris Mohd Yusof, Timbalan Presiden, Mohd Shazni Munir Ithnin, Setiausaha Agung, Mohd Aizat Mohd Salleh. Turut serta wakil SIGMA, Maryam Afifah Latif, Sakinah Ropien dan Rahayu Mohd Badri.

Memorandum itu diserahkan kepada pegawai khas kepada Y.A.B Perdana Menteri, Encik Muhammad Amiruddin. Beliau berjanji untuk membawa tuntutan tersebut kepada Perdana Menteri.


Delegasi itu diketuai Presiden, Mohd Idris Mohd Yusof, Timbalan Presiden, Mohd Shazni Munir Ithnin, Setiausaha Agung, Mohd Aizat Mohd Salleh. Turut serta wakil SIGMA, Maryam Afifah Latif, Sakinah Ropien dan Rahayu Mohd Badri.

Memorandum itu diserahkan kepada pegawai khas kepada Y.A.B Perdana Menteri, Encik Muhammad Amiruddin. Beliau berjanji untuk membawa tuntutan tersebut kepada Perdana Menteri.