Mari Bersembang


ShoutMix chat widget

Tuesday, June 22, 2010

Madey San Miguel Dah Putus Harapan Dengan UMNO



Apa maksud si Madey San Miguel ni dengan Melayu dah berpecah 3?? Mengikut dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Madey ni, Melayu berpecah 3 mengikut parti 20% UMNO 20% PKR dan 20% PAS. Adakah ini telah melambangkan satu kemusnahan terhadap bangsa Melayu???

Pandai sungguh si Madey ni bercengkerama dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian, tapi sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai akal dan fikiran yang tidak berjaya UMNO butakan, bagi aku perpecahan ini bukanlah satu petanda bahawa Melayu ini akan musnah. Ini yang cuba disampaikan oleh Madey sebenarnya.

Tujuan Madey berkata demikian adalah supaya Melayu ini bersatu diatas nama satu parti sahaja. Tindakan seperti ini ada relevannya tapi bagisesebuah negara yang membangun dan ingin mencapai tahap negara maju perkara seperti ini tidak sama sekali akan berlaku. Cuba kita lihat negara-negara maju yang lain. Adakah perpecahan sokongan politik menyebabkan mereka semakin mundur????? Sama sekali jawapannya tidak malahan mereka semakin maju!!

Persoalannya sekarang ini ialah perlukah UMNO hari ini memberitahu bahawa PKR dan PAS telah merusakkan umat Melayu di Malaysia ini??? Jangan jadi seorang manusia buta dan tuli!!

Mari kita lihat realiti sebenar kenyataan si Madey ni.

20% UMNO- BN

20% PKR- PR

20% PAS - PR

Jumlah untuk PR adalah 40%. Inilah yang terjadi apabila selepas 22 tahun memerintah beliau seolah-olah menjadi buta dan nyanyok terhadap apa yang diperkatakannya itu.

Melayu sebenarnya sudah pun bersatu untuk menerima perobahan, 40% berbanding dengan 20 % adalah satu perbedaan yang amat besar, ini kenyataan!

Jadi selebihnya 40% adalah mereka yang mengambil tindakan atas pagar. Salah siapa juga perkara ni berlaku?? Dah tentu jawapannya UMNO!! YA SALAH UMNO!!

UMNO membuatkan rakyat menjadi pening dan keliru terhadap keadaan politik tanah air kita hari ini. 40% yang mengambil sikap atas pagar inilah yang menyebabkan negara kita terkebelakang tiada konpetetif.

Ini semua salah UMNO kerana mereka yang memerintah rakyat jadi sedemikian rupa!!

Apa tunggu lagi??

Pangkah Pakatan Rakyat!!

Semua Melayu Rapat!!

Pangkah UMNO!!

Semua Melayu Don't NO!! Kerana UMNO itu buta dan tuli!!

No comments:

Post a Comment