Kemenangan Barisan Nasional tidak menggambarkan apa-apa makna kepada Malaysia kerana sebagaimana yang kita tahu adalah tidak logik bahawa seorang yang bengap seperti Kamalanathan boleh mendapat empat di hati rakyat.
Setelah lebih 50 tahun memerintah BN selama ini menggunakan taktik kotor untuk mendapat kemenangan.Sama juga seperti kes Hulu Selangor ini yang mana taktik kotor BN itu membuahkan hasil kepada mereka.
Kerusi Hulu Selangor amat penting kepada mereka adalah kerana untuk menutup pekung-pekung yag bakal dibuka ketika menjelang PRU 13 akan datang.
Kekalahan Pakatan Rakyat ini adalah sebenarnya disebabkan oleh sistem undi yang teruk dan rosak. Sebelum pengundian, pelbagai langkah sudah di buat oleh BN bagi memastikan kemenangan mereka. Antaranya:-
1-memindahkan nama pengundi
2- Membawa pengundi hantu yang berkampung di IKBN Pertak sebanyak 10 bas dan beberapa buah kereta.
3- Mekanisma daftar undi yang teruk, sehinggakan ada yang telah daftar 3 bulan yang lepas masih lagi tidak ada dalam rekod.
4- Undi pos yang dijalankan adalah tidak telus.
Keadaan ini menyababkan kekalahan di Hulu Selangor bahkan dimana-mana jua tempat yang mengalami pilihanraya. Oleh itu mengapa kita masih lagi patut berdiam diri???
No comments:
Post a Comment