Terlalu banyak yang ingin didedahkan kepada orang ramai tentang penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO-BN tapi tak muat rasanya nak dicoretkan disini.
Apa yang pasti pada rakyat telah pun menolak BN jauh dari sudut hati mreka, kini rakyat dahagakan pembaharuan, tidak kira di bandar,luar bandar dan pinggir bandar kesemua mereka menyipan hasrat inginmelihat perubahan corak pemerintahan di negara Malaysia ini.
Setelah lebih 50 tahun Malaysia diperintah oleh Barisan Nasional Malaysia semakin ketinggalan jauh kebelakang berbanding dengan negeri-negeri lain contohnya Singapura dan Brunei. Keadaan politik pemerintah yang kucar-kacir menjadikan kita ngara Malaysia semakin lemah. Jadi apakah kerajaan sedar akan kelemahan ini? Mereka sebloleh-boleh menidakkan keburukan mereka dan cuba untuk sembunyikan pekung-pekung yang telah lama berjangkit.
Rasuah berleluasa, skandal pucuk pimpinan yang tidak selesai, institusi kehakiman yang dipengaruhi oleh tangan-tangan hitam, kekejaman terhadap rakyat dan banyak lagi. Tapi ini semua tiada penyelesaiannya, kemana enjin jet hilang? kenapa yang tertuduh terlepas dari dibicarakan? kenapa hak kebebasan bersuara dinafikan?
Perkara-perkara yang disebutkan ini membuatkan api kemarahan rakyat semakin menggunung untuk menolak Barisan Nasional, sebenarnya setelah lebih 50 tahun BN memerintah rakyat hanya dibutakan semata-mata demi menjaga dan menutup aib salah laku pihak-pihak atasan.
Oleh itu PRK Hulu Selangor yang bakal menjelang ini akan membuktikan penolakan keras terhadap BN lantas menamatkan era pemerintahan UMNO-BN di Hulu Selangor.
No comments:
Post a Comment