Mari Bersembang


ShoutMix chat widget

Tuesday, March 30, 2010

Kutu dan Mat Despatch UMNO Berpeleseran di Hulu Selangor

Sudah agak lama proton tak menjenguk keadaan di TawanMalaysia.com ini, kerana saya ditugaskan untuk menguruskan keadaan di Kuala Kubu Bharu.

Pemergian saya kesana mendapat banyak maklumbalas dan pelbagai aduan tentang keburukan politik yang di mainkan oleh UMNO-BN bagi mempengaruhi rakyat. Terlalu banyak yang ingin di ceritakan tetapi ruang yang diberikan di dalam tulisan ini adalah terhad.

Di kesempatan yang ada ini saya ingin berkongsi satu kisah benar yang membawa kita kepada satu skop tafsiran yang mampu mengubah kehebatan pupcuk pimpinan UMNO-BN ke tahap yang lebih hina dari najis.

Kejijikan yang melampau menyebabkan rakyat suadah jelik dengan tindakan dan perbuatan UMNO untuk meraih hati rakyat. Mari kita lihat tentang satu kisah yang saya ingin kupaskan kepada pembaca-pembaca. Kita dapat satu aduan yang menarik perhatian saya dan rakan-rakan bahawa di kawasan Kuala Kubu Bharu ramai anak-anak muda yang di upah oleh UMNO untuk menjalankan satu tugasan untuk memburukkan Pakatan Rakyat.

UMNO yang terdesak ini memainkan sentimen perkauman yang melampau sehinggakan para peniaga ini di pulaukan mengikut kaum. Ini adalah politik usang UMNO yang menyebabkan rakyat berang.

Mereka merampas akhbar-akhbar dan risalah-risalah dari pihak Pakatan Rakyat dengan menggunakan kuasa polis tetapi risalah dari UMNO-BN adalah dibenarkan. Permainan seperti ini menyebabkan penduduk setempat tidak menerima saluran informasi yang betul dan tepat memandangkan pihak kita tidak dapat bergerak.

Ini baru sedikit yang saya kupaskan, selebihnya anda boleh saksikan sendiri ketika pilihan raya bakal menjelang. Media utama BN akan memainkan berulang kali di udara tentang fitnah-fitnah jahat terhadap Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment