Sebenarnya seramai 36 ahli UMNO bertindak tegas meletakkan jawatan mereka dari parti UMNO. Menurut mereka, UMNO dari dahulu parah dengan sikap perkauman menyebabkan peletakkan jawatan ini secara mendadak.
Peletakkan jawatan itu dilakukan adalah semata-mata untuk memberi laluan kepada Ahmad Ismail kebali menerajui pimpinan itu.
Ahmad Ismail dahulu pernah melabelkan kaum Cina sebagai 'pendatang' demi memuaskan nafsu dirinya sendiri. Dia kemudian dikenakan tindakan oleh parti dan kini kembali meraih simpati semua orang untuk mengemudi Bukit Bendera.
lihatlah betapa UMNO ketandusan pimpinan yang berkaliber. UMNO masih lagi meneruskan politik mereka yang tak lapuk ditelan zaman itu supaya masing-masing dapat menjaga kepetingan politik.
Jelas dipertotonkan kepada kita bahawa UMNO mengamalkan cara politik yang menindas bakat-bakat baru yang lebih berkaliber daripada pemimpin yang ada . Mereka tidak akan membenarkan orang-orang baru ini memintas jawatan mereka, oleh itu pelbagai cara dilakukan bagi memastikan kedudukan mereka terjamin. Mereka sanggup berbuat apa sahaja termasuk menggunakan seluruh kuasa mereka.
Jangan lagi kita percaya dengan entiti lapuk seperti ini yang akan membawa Malaysia semakin ke belakang sedangkan negara lain terus mara jauh lebih baik dari Malaysia.
No comments:
Post a Comment