Mari Bersembang


ShoutMix chat widget

Friday, March 5, 2010

YBK Teruskan Politik Kepartian

Ni la akaibat dari pembudayan UMNO-BN dulu, sampai sekarang jadi satu batu penghalang yang menjadikan mereka ini bebal yang tak dapat dibendung. Satu fahaman yang tidak munasabah sebab YBK ni takut MB selangor ambil alih YBK. Kenapa perlu sempitkan pemikiran sampai jadi sebegini rupa?

Dalam satu kenyataan oleh Eksekutif YBK Zulhairi Jalaluddin bahawa pengerusi badan itu hanya bleh disandang oleh Datuk Zainal Abidin Sakom bekas ADUN UMNO sebabnya dikatakan menurut peruntukan 'Instrument of Trust For YayasanBasmi Kemiskinan' yang termaktub keawal 1990 masa zaman Muhammad Taib jadi menteri Besar Selangor.

Jadi Zulhairi ni menjadikan peruntukan ni sebagai satu alasan untuk menolak permohonan Kerajaan Negeri supaya menteri besar dilantik jadi pengerusi dan ahli EXCO Kebajikan dan dua lagi wakil kerajaan negeri dipilih sebagai ahli lembaga penasihat YBK. Tak apa lah hang tak mau trima MB jadi pengerusi tapi kalau da sampai laporan kewangan YBK pun x boleh nak serahkan kepada kerajaan negeri apa cerita?

Sedangkan kerajaan negeri salurkan dana hartanah yang banyak kepada YBK. perkara ni jelas menunjukkan kat kita bahawa YBK ni mengamalkan politik kepartian, sepatutnya YBK lebih profesional dalam menjalankan tugas, lebih-lebih lagi melibatkan kewangan.

Sungguh tidak masuk akal tindakan YBK ni. Zulhairi menyatakan lagi bahawa YBK hanya bertanggungjawab kepada Pejabat Peguam Negara sahaja. Apa masalahnya menunjukan laporan kewangan kalau tiada penyelewengan? kalau rakyat yang nak tengok macam mana?

No comments:

Post a Comment