Kira-kira 2,3 hari yang lepas yang mana semua orang tahu, UMNO-BN tarik balik bacaan kedua GST di parlimen. Jadi, mari kita ucapkan kepada Paakatan Rakyat serta rakyat Malaysia yang bertungkus-lumus menentang GST ni.
Sebenarnya untuk pengetahuan korang, BN memperkenalkan GST ni sebagai satu langkah supaya poket pemimpin-pemimpin BN ni tak lagi kosong berikutan dengan ekonomi Malaysia yang tak berapa baik.
Najib yang batalkan pembacaan kedua ni sebenarnya takut dengan kebangkitan rakyat menentang dia. Kesempatan ni juga, dia menimbulkan satu propaganda yang mana dia inginkan rakyat lihat yang dia ni berjiwa rakyat dengan mengambil kira pandangan rakyat. Kalau betul Najib ni berjiwa rakyat, sepatutnya dia tak payah perkenalkan sistem GST ni.
Negara kita belum bersedia dengan GST sebab pendapatan perkapita rakyat Malaysia tidak melayakkan mereka utk membayar cukai ini. Najib hanya mampu memberi penjelasan yang semua negara lain sudah laksanakan GST tapi Malaysia dan Kemboja sahaja belum. Ini adalah taktik permainan kotor orang BN bagi meraih kekayaan.
Jangan terpedaya dengan propaganda dan helah orang UMNO ni, selagi mereka tidak ditumbangkan dari tampuk pemerintahan.
No comments:
Post a Comment