1 Malaysia adalah hasil cetusan daripada Perdana Menteri kita sendiri Najib Razak yang menginkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Namun harapan dan keinginan beliau untuk melihat perpaduan tersebut terhakis apabila bukti 1 Malaysia ini dipengaruhi oleh Israel sebagai musuh kita yang berstatus sebagai sebuah negara Islam.
Satu Malaysia ini seperti yang semua orang tahu adalah sinonim dengan cogan kata yang di cipta oleh seorang tokoh Israel iaitu Ehud Barak. Ehud barak telah melancarkan cogan kata ini sejak tahun 1999 lagi ketika beliau bertanding di dalam pilihan raya di Israel. Cogan kata beliau adalah '1 Israel' yang sepertimana terdapat di Malaysia pada hari ini iaitu '1 Malaysia'. Hal ini merupakan satu pengkhianatan secara terang-terangan oleh presiden UMNO-BN iaitu Najib Razak. malah beliau juga telah mengkhianat bapanya sendiri.
Bukti ini dapat dijelaskan dengan tindakkan Israel yang berdiam diri terhadap penggunaan cogan kata ini. Sepatutnya Israel mengambil tindakkan menyaman Malaysia kerana menggunakan cogan kata yang serupa, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Najib Razak si Pengkhianat negara telah berbuat sesuatu demi mengelakkan dirinya disaman oleh Ehud Barak. Sumber juga mengatakan dia membayar sejumlah wang kepada Israel supaya membenarkan dia menggunakan cogan kata tersebut dan terdapat juga bukti pengaliran wang dari bank Malaysia ke Israel. Bukti ini telah didedahkan ke khalayak umum melalui keratan akhbar SuaraKeadilan tahun 2009.
Jika dilihat dari aspek cogan kata itu sendiri, sememangnya ia adalah satu perkara yang positif yang membolehkan rakyat Malaysia bersatu padu dan banyak lagi. Tetapi dari aspek ketokohan , kita tidak nampak bahawa Najib ini adalah seorang yang mampu berfikir dan menghasilkan ideanya sendiri. Najib yang menggunakan cogan kata ini menampakkan percubaan beliau untuk meraih populariti di kalangan masyarakat Malaysia dan demi untuk menutup pertuduhan terhadap dirinya berkaitan isu rasuah kapal selam, pembunuhan Altantuya, permbelian Eurocopter dan lain-lain.
Ternyata tindakkan Najib ini bukanlah satu tindakkan yang bijak kerana semua perbuatannya dapat dihidu oleh pihak-pihak tertentu.
Dari sudut intergriti dan maruah Malaysia juga didapati terbenam dengan penggunaan cogan kata ini. Bayangkan sebuah negara yang mengambil cogan kata dari negara lain, adakah ini satu tindakkan yang bijak? Di mana identiti negara kita yang sebenar?
Perbuatan ini juga melambangkan persepsi Najib bahawa rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini sebenarnya tidak lagi bersatu padu. Penjelasan yang ditekankan oleh najib tentang cogan kata ini adalah supaya kita rakyat Malaysia bersatu padu, jelas sikap perkauman di dalam diri Najib ini telah membawanya ke satu tahap yang lebih negatif lagi. Najib seolah-olah merasakan rakyat Malaysia ini bersikap perkauman sepertinya, dengan itu dia menerbitkan cogan kata ini kepada Malaysia.
Bukankah sepatutnya Najib mempertaruhkan cogan kata yang lebih bersifat satu misi dan visi yakni hala tuju negara kepada rakyat Malaysia, seperti yang dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir iaitu 'Wawasan 2020'.
Tidakkah Najib terfikir apakah persepsi masyarakat dunia apabila Malaysia menggunakan cogan kata Israel. Malaysia telah diiktiraf sebagai sebuah negara Islam, tetapi mengapa sebuah negara Islam bersekongkol dengan Rejim Zionis ini. Umum tahu bahawa musuh ketat Islam adalah Yahudi, jadi perkara ini melambangkan kelemahan institusi pentadbiran Malaysia ini yang sanggup berbuat apa sahaja demi meraih populariti. Di manakah integriti sebuah negara Islam yang diiktiraf ini? Di manakah intergriti Najib sebagai seorang yang mengaku Islam.
Adakah pemimpin seperti ini yang Malaysia dahagakan? Berpidato dikhalayak ramai seperti anjing menyalak kehausan. Dimanakah kekuatan Najib sebagai pemimpin keluarga sedangkan isteri sendiri tidak mampu ditarbiyahkan, anak sendiri tidak mampu diberi pegangan agama yang kukuh?
Perluaskan pemerhatian kita sebagai rakyat, kerana rakyat adalah hakim. Rakyat memberi mandat kepada memimpin supaya memerintah negara dengan betul untuk membawa kesenangan kepada rakyat.
Oleh itu rakyat jangan tertipu dengan tindakkan Presiden UMNO ini, kerana banyak penyelewengan dan pengkhianatan yang telah dilakukannya. Inilah masa untuk kita tumbangkan UMNO dan BN supaya integriti negara Malaysia dapat dicapai.
No comments:
Post a Comment