Mari Bersembang


ShoutMix chat widget

Saturday, March 6, 2010

Khir Toyo Menyebelahi Rakyat Menentang Noh Omar

Sememangnya kita semua tahu yang Khir betelagah dengan Noh Kotik(Noh Omar) tentang isu kotak ikan dan banyak lagi sebabnya diorang ni selalu sangat berbeza pendapat.

Petang semalam seperti semua orang tahu Datuk Yusoff sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengimport/Pemborong Ikan dan Sumber laut telah membidas kenyataan Noh Kotik di dalam akhbar. Datuk Yusoff dengan keras menafikan kenyataan itu.

Khir Toyo turut menyelar tindakan tindakan Noh Kotik itu dan menyatakan yang dia tidak menyebelahi mana-mana pihak kecuali rakyat. Khir menyatakan hasrat hati dia yang rakyat lebih berhak menentukan kotak ikannya itu. Khir turut menyusun atur langkah supaya rakyat dapat mengetahui niat baiknya menentang Noh Kotik.

Ketika Khir Toyo ditanya pagi tadi dia mengaku bahawa dia mengetahui setiap perbuatan keji Noh Kotik disebalik kotrak Kotak ikan KIBFG itu. Khir juga berkata sekiranya penukaran kotak ikan ni di jalankan juga harga ikan dipasaran akan meningkat walaupun subsidi kerajaan telah diberikan. Khir toyo yang kini berpihak pada rakyat akan tetap berpendirian menentang projek KIBFG ini.

Ketika khir diminta mengulas pasal apa contoh penyelewengan yang Noh Kotik buat dia enggan memberi kan ulasan, katanya "kalau nak tahu lebih lanjut kes ni, carik Lau Hoi Keong Ketua Pemuda Gerakan, dia ada semua dokumen projek ni. InsyaAllah saya akan bawa perkara ni ke pihak atasan untuk tindakan lanjut."

Jadi sekarang Noh Kotik berada di persimpangan jalan, dia tersepit kerana diserang dari setiap penjuru. Kenyataan dia dalam lidah rasmi UMNO ternyata palsu setelah beberapa penentangan oleh orang besar.

No comments:

Post a Comment